JoDoH kaN LaH aQ DeNgaN nYa

nak kawen tp dwit x cukup...ney..d sini rahsianya..!!!

BuKtiKaN SeNdiRi

i'M ProuD Be MuSLiM

05 July, 2011

Sharbinee derita tanggung tiga sepakan penalti

aq pun nonton juga ne d uma... tp mcm yg aq ckp kelmarin aq sgt tidak berpuas ati ngan pengadil yg pilih kasih itu...


*
SATU penyeksaan buat penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee apabila terpaksa berdepan tiga sepakan penalti sepanjang 90 minit permainan pada perlawanan timbal balik pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Taipei, kelmarin.

“Ini sejarah saya sebagai penjaga gol berdepan tiga penalti dalam 90 minit pertama permainan,” kata penjaga gol Terengganu itu. “Bagaimanapun saya lega kerana kita dapat melangkah ke pusingan seterusnya dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

“Pada 10 minit terakhir, keadaan agak mencemaskan kerana jika lawan terus mengasak dan memperoleh gol keempat, harapan kita mara ke pusingan kedua akan musnah. Tetapi kemasukan Muslim Ahmad memberi saya keyakinan untuk menamatkan permainan pada kedudukan 2-3.”
Skuad kendalian Datuk K Rajagobal yang berkunjung ke Taiwan dengan bekalan kemenangan 2-1, tewas 3-2 di Taipei selepas pengadil dari Vietnam, Vo Minh Tri menghadiahkan tiga sepakan penalti kepada tuan rumah dengan dua daripadanya disempurnakan lawan.

Sharbinee yang kembali mendapat tempat dalam kesebelasan utama selepas penjaga gol utama, Fahmi mengalami kecederaan bahu, yakin Harimau Malaya akan bangkit di pusingan kedua nanti.

“Kita ada tempoh lebih dua minggu untuk memperbaiki kelemahan dan belajar daripada kesilapan, pada pusingan kedua nanti saya yakin persembahan lebih baik akan dipamerkan,” kata Sharbinee yang menyerahkan kepada jurulatih untuk memilih siapa bakal menjaga gawang negara nanti.

sumber dari BERITA HARIAN

ayat yg di bold itu aq suka..hahaha.... aq pun pelik napa c muslim 2 jd pemain simpanan...aq ingat kan dia xda dlm perlawanan... =) chaiyo2 muslim....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...